BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 12 November 2011

novel yang masih belum bertajuk..1..epilog??

"Are you serious about this?"
"Yes,darling.I love you and you love me.Let's get married.I am damn serious."
Perbualan ini diantara Melissa dan Kim Heechul.
Melissa seperti tidak percaya bahawa perkara ini akan berlaku.Keluarganya akan membunuh mereka berdua.Mereka tidak akan menerima perkahwinan campur.Ini satu tamparan besar untuk keluarga bangsawan Scotland.Melissa sendiri menganut agama kristian manakala Kim menganut agama Buddha.Bagaimana harus Melissa menerangkan perkara ini kepada keluarganya.
"Saya percayakan awak.Saya cintakan awak tetapi saya takut mereka akan membunuh kita."
"Mari kita berkahwin di sini,United States.Ibubapa awak kan berada di Scotland.Mereka tidak akan tahu."
Melissa mula berasa tenang.Melissa dan Kim bertemu di United States semasa belajar di Universiti Oxford.Mereka terserempak antara satu sama lain ketika Melissa terjatuhkan bukunya di depan pintu perpustakaan dan kim kebetulan berada di situ membantunya.Itulah pertemuan cinta pertama mereka.Melissa sedar bahawa lelaki yang dijumpainya itu merupakan yang terpilih untuknya.Mereka sering terserempak dan bibit-bibit percintaan bermula.Satu perkara yang mereka tidak ketahui.Ibubapa Melissa merancang untuk mengahwinkan Melissa dengan Sir Marcus,jejaka kaya bujang dari Scotland.
Melissa dan Kim akhirnya berkahwin selepas 2 bulan perkenalan.Mereka sangat gembira sebagai pasangan berkahwin yang sah.Bagi membiayai perbelanjaan mereka,Kim bekerja sebagai Pembantu Makmal untuk sebuah syarikat manakala Melissa mengajar kanak-kanak di sekolah rendah.Sebulan kemudian,satu surat datang dari Scotland untuk Melissa.Dia membuka surat itu lalu terkejut.
"Kenapa nie,sayang?"tanya Kim.
"Owh,Kim.Saya kena balik ke Scotland.Ibubapa saya sakit tenat".Jawab Melissa
"Baiklah,sayang baliklah ke Scotland.Lawat ibubapa awak.Awak mahu saya temankan?"
"Saya rasa baik saya balik seorang diri,sayang.Saya akan cuba yang terbaik untuk balik awal."
"Okay.Jadi,bila awak nak balik Scotland?"
"Lusa kot.Itu pun kalau ada tiket lagi."
"Jangan risau,sayang.Mereka akan sihat apabila melihat anak kesayangan mereka pulang.Saya akan menunggu awak si rumah."
Melissa tersenyum mendengar jawapan suaminya itu lalu mereka tidur.
Keesokan harinya,Melissa mengemas bajunya untuk penerbangan pulangnya ke scotland selepas menempah tiket.
Hari untuk berangkat pun tiba.Semasa di lapangan terbang,Melissa berasa sangat sedih untuk berenggang dengan suaminya.Tetapi dengan hati yang berat,dia pergi menaiki kapal terbang yang membawanya ke scotland.
Setibanya di Scotland,kepulangannya mendapat sambutan yang meriah daripada keluarganya.Rumah yang besar itu nampak besar selepas dihias dengan cantik.
"Ada perayaan apa dirumah kita,adik?"tanya Melissa kepada Maria.
"Nanti akak tahu la.Mari tukar baju."jawab Maria ringkas.
Melissa dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku sekejap lagi.Mel dipaksa memakai gaun sutera biru yang baru dan dia dihias oleh pembantu rumah.
"Kak Erika,apa sebenarnya yang berlaku?Tolong la beritahu saya."tanya Melissa separuh merayu.
Kak Erica merasa kasihan melihat melissa yang tidak mengetahui apa-apa.
"Baiklah.Memandangkan kamu nak tahu sangat,parents kamu sedang mengaturkan perkahwinan kamu.
Melissa terkedu.
"Macam mana nak kahwin kalau dia sudah berkahwin dengan Kim?Memang mustahil!"getus hatinya.

novel yang masih belum bertajuk..

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatu...
annyong haseyo..
Sudah lama saya meninggalkan blog ini kerana masih berada didalam hanyutan laut youtube dan facebook.Jadi,saya kembali untuk meminta pandangan semua mengenai penulisan saya..terima kasih..